Pages

Tuesday, 22 November 2011

Kemandirian spesis Tumbuhan

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup...Faktor Persaingan Tumbuhan 1

(‘Competition is a form of interaction among living things... Competition factors among plants’) PERSAINGAN ANTARA TUMBUHAN (‘Competition Among Plants’) # Tumbuhan bersaing untuk (faktor – faktor persaingan antara tumbuhan) : (‘Plants compete for (factors that plants compete for’)’) # Tumbuhan memerlukan faktor – faktor di atas (keperluan) untuk hidup dan membesar dengan sihat. (‘Plants need the above factors (needs) to live and grow healthily.’) # Jika sumber – sumber ini terhad, tumbuhan perlu bersaing sesama mereka untuk mendapatkannya. (‘If these resources become limited, plants compete among themselves to obtain them.’) # Di dalam persaingan, tumbuhan yang kuat akan menang. Jika tumbuhan (selalunya yang lemah) tidak mendapat cukup cahaya Matahari, air, nutrien dan ruang, pertumbuhan mereka akan terjejas / terbantut, tumbuhan akan menjadi rendah dan kecil. (‘In a competition, plants which are strong will win. If plants (especially the weak one) cannot get enough sunlight, water, nutrients and space, their growth will be retarded/stunted, the plants will be short and small.’) # Sesetengahnya akan mati kerana mereka gagal untuk bersaing dengan tumbuhan lain. (‘Some of them may die because they fail to compete with other plants.’) # Perbandingan antara tumbuhan yang sihat dan tidak sihat (layu) boleh dilihat melalui pemerhatian dari segi : (‘Comparison between the healthy plant and the non-healhty plant (wilted) can be observed through different characteristic’) PERSAINGAN UNTUK CAHAYA MATAHARI (‘Competition for sunlight’) # Tumbuhan di dalam hutan hujan tropika kita tidak tumbuh pada kadar yang sama. Ini kerana mereka menerima jumlah cahaya Matahari, air, nutrien dan ruang yang berbeza – beza. (‘Plants in the rainforest of our country do not grow equally fast. This is because they receive different amount of sunlight, water, nutrients and space.’) Persaingan antara tumbuhan di dalam hutan (‘Competition among plants in the forest’) # Setiap tumbuhan di dalam hutan akan cuba untuk tumbuh lebih tinggi untuk mendapat lebih cahaya Matahari. Tumbuhan mempunyai pelbagai cara untuk mendapatkan lebih cahaya Matahari walaupun sedikit. (‘Each plant in the forest will try to grow taller to get more sunlight. Plants have many ways to get sunlight when only a little reaches them.’) # Tumbuhan berbatang kayu akan lebih berjaya dalam persaingan untuk mendapatkan cahaya Matahari. (‘Plants with woody stem will be more successful in the competition for light.’) Tumbuhan berbatang kayu meninggi lurus dan tegak untuk mendapatkan cahaya Matahari (‘Plants with woody stem shoot up tall and straight to get sunlight’) # Tumbuhan – tumbuhan kecil atau renek selalunya terbantut pertumbesarannya kerana mereka tidak mendapat cahaya Matahari yang cukup. Tumbuhan in bergantung kepada tumbuhan yang lain untuk mendapatkan cahaya Matahari. (‘Low – growing shrubs are often stunted because they do not get enough sunlight to grow The plants depend on other plants to get enough sunlight.’) # Tumbuhan yang batang yang tidak kuat akan menggunakan penyesuaian khusus / kebolehan untuk mendapatkan cahaya Matahari seperti menggunakan cangkuk, akar mencengkam dan tumbuh pada pokok yang lebih tinggi. (‘Plants with weak stems will use special adaptations / abilities to reach for sunlight such as hooks, clasping roots and live on top of other plants to get sunlight.’) Tumbuhan kacang panjang melingkari sekeliling sesuatu objek untuk memanjat mendapatkan lebih cahaya Matahari. (‘The long bean plant coils around an object to climb up for more sunlight.’) Pokok duit – duit akan menggunakan akar cengkaman untuk memanjat, melekatkan dirinya kepada batang sesuatu pokok. (‘The money plant uses its clasping roots to climb up, attach itself to the trunk of a tree.’) Pakis Tanduk Rusa (‘Staghorn ferns’) Paku Pakis Langsuir (‘Bird’s nest fern’) Pokok paku pakis tanduk rusa dan paku pakis langsuir (juga dikenali sebagai tumbuhan epifit – tumbuhan yang menumpang tumbuhan lain) tumbuh atas pokok lain untuk mendapatkan cahaya Matahari. (‘The staghorn fern and bird’s nest fern lives on top (epiphytes plants – plants that grow on the branches on tall trees) another tree to get sunlight.’) Tumbuhan peria memanjat pada struktur yang tinggi menggunakan sulur pautnya. (‘The bitter gourd plant climbs up a tall structure with its tendrils.’) Tumpuhan liana (kayu berjuntai) memanjat pada batang pokok untuk mendapatkan cahaya Matahari. (‘Lianas (woody vines) climb up the tree trunks to obtain light.’) Pautan ke : Interaksi antara hidupan – intro (‘Interaction among living things’) Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup...Faktor Persaingan Tumbuhan (‘Competition is a form of interaction among living things... Competition factors among plants’) Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup... Jenis Interaksi (‘Competition is a form of interaction among living things... Type of Interaction’) Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup... Faktor Persaingan Haiwan 1 (‘Competition is a form of interaction among living things... Competition factors among animals’)

No comments:

Post a Comment

Post a Comment