Pages

Tuesday 4 October 2011

Litar Bersiri & Litar Selari

Kita boleh menyambung komponen dalam cara yang berbeza untuk membina litar yang lengkap.Apabila kita menyambung komponen secara bersebelahan,kita mendapat litar bersiri.Apabila kita menyambung komponen secara bertentangan ,kita mendapat litar selari.



Apabila kita menambah lebih banyak mentol kepada litar bersiri,kecerahan mentol akan berkurang.Semua mentol tidak akan menyala dalam litar bersiri yang terputus kerana:-
a)Elektrik tidak dapat mengalir melalui komponen yang rosak
b)Litar bersiri hanya mempunyai satu laluan yang boleh dilalui elektrik.
Sesetengah mentol masih dapat menyala dalam litar selari yang terputus kerana:-
a)Elektrik masih dapat mengalir melalui kompenan yang tidak rosak
b)Litar selari mempunyai lebih daripada satu laluan yang boleh dilalui elektrik