Pages

Thursday, 24 November 2011

Magik Sains

BELON TIDAK MELETUP APABILA DIBAKAR DENGAN API

(‘BALLOON DOESN’T BURST WHEN WE LIGHT UP WITH FIRE’) Bagaimana melakukannya? (‘How to do it?’) 1. Bahan – bahan yang diperlukan (‘What Do I Need?’) 2 belon, pemetik api/,mancis, lilin, air. (‘2 balloons, a lighter/matches, a candle, water.’) 2. Tiup belon yang pertama dan ikat. Masukkan 1/3 cawan air ke dalam belon yang satu lagi, dan kemudian tiup belon tersebut dan ikat. (‘Inflate one of the balloons and tie it closed. Place 1/3 cup of water in the other balloon, and then inflate it and tie it shut.’) 3. Nyalakan lilin menggunakan pemetik api ataupun mancis dan letakkan ia di bawah belon yang pertama. Pastikan api mengenai belon. Perhatikan apa yang berlaku? Belon itu akan meletup. (‘Light a match and hold it under the first balloon. Allow the flame to touch the balloon. What happens? The balloon breaks, perhaps even before the flame touches it.’) 4. Nyalakan mancis dan nyalakan lilin semula. Letakkan ia secara langsung dengan di bawah belon kedua yang mengandungi air. Pastikan nyalaan menyentuh belon. Apakah yang akan terjadi? Belon itu tidak akan meletup. Anda mungkin melihat kawasan hitam pada bahagian luar belon yang dipanaskan oleh lilin. (‘Light another match. Hold it directly under the water in the second balloon. Allow the flame to touch the balloon. What happens with this balloon? The balloon doesn't break. You may even see a black patch of soot form on the outside of the balloon above the flame.’) Bagaimana ia berlaku? (‘How this works?’) Mengapa belon yang tidak mengandungi air meletup apabila dipanaskan? Nyalaan akan memanaskan sesuatu dengan membekalkan haba. Dalam eksperimen tadi, kedua – dua belon dipanaskan. Getah belon yang tidak mengandungi air menjadi panas apabila dipanaskan, dan ia menjadi terlalu lemah untuk menghalang tekanan di dalam belon yang juga semakin tinggi. Gas di dalam belon mengembang dan ini menyebabkan belon meletup. (‘Why does the balloon with no water break in the flame? The flame heats whatever is placed in it. It heats the rubber of both balloons. The rubber of the balloon without water becomes so hot, that it becomes too weak to resist the pressure of the air inside the balloon – air expands when heated.’) Bagaimana pula belon yang mengandungi air boleh bertahan daripada meletup apabila dipanaskan? Apabila air dipanaskan, air akan menyerap haba dari nyalaan. Kemudian getah belon tidak menjadi terlalu panas. Getah belon tidak menjadi lemah, dan juga gas dalam belon tidak mengembang dan belon tidak akan meletup. (‘How does the balloon with water in it resist breaking in the flame? When water inside the balloon is placed in the flame, the water absorbs most of the heat from the flame. Then, the rubber of the balloon does not become very hot. Because the rubber does not become hot, it does not weaken, and the balloon does not break.’) Air merupakan penyerap haba yang baik. Ia akan mengambil masa yang lama untuk mengubah suhu air. Ia mengambil masa sepuluh minit untuk haba menaikkan suhu 1 gram air sebanyak 1°C yang mana sama banyakkan haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram besi. Ini adalah sebab kenapa mengambil masa yang lama untuk cerek memanaskan air. Sebaliknya, apabila air menyejuk, ia akan membebaskan haba dengan banyak. (‘Water is a particularly good absorber of heat. It takes a lot of heat to change the temperature of water. It takes ten times as much heat to raise the temperature of 1 gram of water by 1°C than it does to raise the temperature of 1 gram of iron by the same amount. This is why it takes so long to bring a teakettle of water to the boil. On the other hand, when water cools, it releases a great deal of heat.’)

Magik Sains Belon satay

BELON SATAY

(‘SATAY BALLOON’) Bagaimana melakukannya? (‘How to do it?’) 1. Bahan – bahan yang diperlukan (‘What Do I Need?’) * Beberapa pencucuk satay yang nipis (‘Several thin bamboo satay skewers’) * Belon getah yang besar – sederhana pun boleh (‘Large latex balloon’) 2. Tiup belon getah sehingga besar sedikit – boleh kelihatan bahagian gelap di kedua – dua hujung atas dan bawah. Ikat belon itu. (‘Blow up your latex balloon to a point just short of being full--so that it’s still a little squishy—and so there is a dark area at each end. Knot it off.’) 3. Dengan menggunakan gerakan ‘twist’, cucuk bahagian tajam pencucuk satay ke bahagian getah yang gelap dan tebal berdekatan dengan kawasan ikatan belon. Bawa tembus terus ke atas belon sehingga junpa kawasan getah yang gelap. Dengan gerakan ‘twist’ juga, tolak pencucuk satay tembusi bahagian belon yang atas itu. (‘Using a twisting motion as you go, poke the sharp into the dark, thicker latex near where you tied the balloon off. Drive the skewer all the way through to the dark latex on the far side. Still twisting, push the skewer through the far side of the balloon.’) Bagaimana ia berlaku? (‘How this works?’) Menjangkakan akan meletup? Belon akan menyimpan udaranya di dalamnya, ini kerana polimer dalam getah belum lagi diregangkan pada titik atau regangan yang maksimum. Ia masih boleh diregangkan dan mengelilingi pencucuk satay. Lagipun, kamu boleh terusnya mencucuk. Cuba lihat berapa banyak pencucuk satay yang boleh dicucuk menembusi belon. Selagi anda biarkan ia, belon akan terus menyimpan udara di dalamnya. Beberapa ketika, udara terbocor keluar. (‘Expect a pop? The balloon will hold its air, because the polymers in the latex haven’t been stretched to their fullest point. They can still stretch and surround the satay skewer. In fact, you can keep going. See how many skewers you can drive through the balloon. As long as you leave them inside, the balloon will hold most of its air. After a while, of course, air will leak out.’)

Magik Sains

RAMBUT SAYA TEGAK KE ATAS

(‘My hair is straight up’) Bagaimana melakukannya? (‘How to do it?’) 1. Bahan – bahan yang diperlukan (‘What Do I Need?’) • Belon getah kecil (‘Small Rubber Balloon’) • Sukarela yang berambut panjang dan kering (‘Volunteer with dry long hair’) 2. Tiup belon dan kemudian ikatkan (‘Blow up and tie off the balloon’) 3. Gosokkan belon dengan cepat pada belakang rambut anda beberapa kali. (‘Rub the balloon quickly on your hair back and forth a number of times.’) 4. Perhatikan apa yang berlaku apabila anda mengangkat belon dari rambut anda. (Tapi pastikan rambut anda kering dan bersih). (‘Notice what happens as you lift the balloon away from your head (make sure your hair is very dry and clean)’). Bagaimana ia berlaku? (‘How this works?’) 1. Apabila anda menggosokkan belon pada rambut, ia akan dicaskan dengan elektrostatik. (‘When you rub the balloon on your hair, it becomes charged with static electricity.’) 2. Apabila getah menggelongsor di atas rambut, molekul - molekul getah membentuk ikatan sementara dengan molekul – molekul pada rambut dengan berkongsi elektron - elektron. (‘As the rubber slides over the hair, molecules of rubber form temporary bonds with molecules in your hair by sharing some of their electrons.’) 3. Apabila belon terus digerakkan, ikatan terlerai, yang mana kadangkala meninggalkan satu atau dua elektron tertinggal pada bahagian yang salah ikatan. Elektron lebih menghabiskan masa pada sebelah getah dalam ikatan, belon akan mendapat lebih banyak elektron dan menjadi cas negatif! Sebaliknya, rambut anda yang kehilangan elektron dan ia menjadi cas positif (yang mana proton cas positif tidak diimbangi dengan bilangan elektron). (‘When the balloon moves on, the bonds break, sometimes leaving an electron or two stranded on the wrong side of the bond. As the electrons spend slightly more time on the rubber side of the bond, the balloon ends up with many more electrons than it began with and leaving it with an overall negative charge! Conversely, you hair has lost some of its complement of electrons so it is now some of its positively charged protons are not cancelled out anymore and leaving the hair with an overall positive charge.’) 4. Objek yang bercas berlawanan akan tertarik antara satu sama lain, yang mana menyebabkan rambut tertarik pada belon. (‘As oppositely charged objects attract each other, your hair sticks to the balloon as you lift it off.’)

Magik Sains

CUCUK SAYA – AIR TIDAK AKAN KELUAR

(‘Stab me – the water doesn’t come out’) Bagaimana melakukannya? (‘How to do it?’) 1. Bahan – bahan yang diperlukan (‘What Do I Need?’) • Beberapa pensil yang ditajamkan (‘Sharpened pencils’) • Beg plastik bersaiz sederhana (‘Plastic bag (medium size’) • Air (‘Water’) 2. Isikan plastik beg dengan air dan ikatkan atasnya. (‘Fill a plastic bag with water and seal the top tightly.’) 3. Cucuk satu pensil ke beg plastik. (‘Stab one pencil into the plastic bag.’) 4. Kemudian, cucuk lagi beg plastik dengan beberapa pensil yang ditajamkan, air tidak akan keluar dari beg plastik walaupun setitik. (‘Puncture the bag with several newly sharpened pencils, the water won’t leak out, never a drop.’) Bagaimana ia berlaku? (‘How this works?’) 1. Plastik adalah sejenis polimer sintetik. Ia diperbuat melalui proses polimerasi dan bahan asalnya ialah (etilena – sejenis gas) yang terhasil daripada petroleum. Ia sangat murah dan digunakan dalam aplikasi kehidupan seharian. (‘Plastic is a form of synthetic polymer. It is made through the polymerisation process, and its raw material (ethylene-a type of gas) comes from petroleum. It is tough yet cheap and widely used in everyday applications.’) 2. Kebanyakan beg plastik diperbuat daripada polietilena. Apabila polietilena ini dipanaskan, molekul – molekulnya yang mengecut, jadi apabila anda mencucuk pensil menembusi beg polietilena, geseran antara pensil dan plastik memanaskan molekul polietilena dan menyebabkan molekul – molekulnya mengecut mengelilingi pensil. Itu merupakan satu sebab mengapa air tidak bocor keluar. (‘Most plastic bags are made of polyethylene. When polyethylene is heated, its molecules shrink, so when you stab a pencil through the polyethylene bag, the friction of the pencil against the plastic heats the polyethylene molecules and causes them to shrink around the pencil. That’s one reason why no water will leak out.’)

Planet dan Orbitnya

PLANET DAN ORBITNYA DALAM SISTEM SURIA (‘PLANETS AND ITS ORBIT IN THE SOLAR SYSTEM’)

Sistem Suria terdiri daripada Matahari sebagai pusat sistem, 8 buah planet yang beredar mengelilingi Matahari pada orbit masing-masing, satelit-satelit semula jadi, asteroid, meteor dan komet. (‘Solar system consists of the Sun as the centre, 8 planets which orbiting around the Sun, natural satellites, asteroids, meteors and comets’.) *Orbit ; Laluan objek atau juzuk berbentuk elips untuk mengelilingi matahari. (‘An orbit is the path that a planet moves through; all the planets orbit the Sun in elliptical paths - An ellipse is just a stretched out circle.') 8 buah planet mengikut susunan paling hampir dengan Matahari : (‘8 planets due to the nearest to the Sun until the furthest from the Sun’) Utarid (‘Mercury’), Zuhrah (‘Venus’), Bumi (‘Earth’), Marikh (‘Mars’), Musytari (‘Jupiter’), Zuhal (‘Saturn’), Uranus (‘Uranus’), Neptun (‘Neptune’). Ulang (BM) : Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun Akronim : Unta Zahrah Balik Makan Muntah2 Zass!! Ubat Nak? Ulang (BI) : Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptun Acronim : My Very Eager Mother Just Swallowed Unique Nan *Tiga kriteria yang jelas dalam definasi planet : (‘Three distinct criteria to define a planet’) 1. Objek tersebut mesti beredar mengelilingi Matahari, (‘The object must orbit the Sun’) 2. Objek mempunyai daya graviti yang mencukupi untuk mengekalkan bentuk sferanya, (‘Must have sufficient gravity to maintain the planet spherical shape’) 3. Objek tersebut mampu untuk memusnahkan objek lain sekelilingnya. (‘After a million collision, the body must cleared away other object from it own orbital neighbourhood’). Planet yang paling hampir dengan Matahari mempunyai jarak orbit paling dekat dan ia juga mengambil masa yang paling singkat untuk beredar mengelilingi Matahari. (‘The closest planet to the Sun has the shortest distance of orbit and it also takes the shortest time to complete it orbit to move around the Sun'.) Jarak dan kedudukan planet dengan Matahari. (‘The distance and the position of the planets from the Sun’) Masa yang diambil oleh planet-planet untuk melengkap satu pusingan orbit mengelilingi Matahari. (‘The time taken for the all the planets to complete their orbit around the Sun – revolution’.)

Saiz Bumi,Planet planet lain dalam sistem suria

BERAPA BESAR BUMI, PLANET-PLANET LAIN DALAM SISTEM SURIA.

Berapa 'besar' diri kita? Berapa besar planet Bumi kita ini yang selama ini kita diami. Adakah planet Bumi ini memang sudah cukup besar? Atau ada lagi objek-objek yang lebih besar daripada Bumi ini. Video yang akan anda saksikan, pasti membuka mata anda berapa besar sebenarnya Bumi kita. Video ini akan menunjukkan perbandingan Bumi dengan planet-planet lain dalam Sistem Suria dan juga lain-lain objek dalam alam semesta ini. Anda sudah bersedia, saksikanlah keajaibannya :

Kitar Hidup Katak

Kitaran Hidup Katak – Metamorfosis katak

(‘Life Cycle of a Frog – Frog Metamorphosis') Peringkat 1 (‘Early stage’) Katak menghasilkan telur di dalam air atau kawasan berair. Telur – telur katak melekat antara satu sama lain membentuk sekelompok telur. Katak bertelur berpuluh - puluh sehingga beratus - ratus biji telur. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan kemandirian hidup spesisnya. (‘Frogs lay their eggs in water or wet places. A floating clump of eggs is called frog spawn. The large and slippery mass of eggs are too big to be eaten. This is nature's way of protecting them.’) Telur katak dilindungi dan dikelilingi dengan struktur seperti agar – agar dan agak licin. Katak betina tidak akan menjaga telur – telurnya selepas bertelur. Telur – telur itu akan berkembang tetapi hanya sedikit yang akan berjaya menetas menjadi katak dewasa. Ini kerana, hidupan lain seperti itik, ikan, serangga lain – lain haiwan akan memakan sebahagian telur tersebut. (‘The egg is surrounded by a jellylike and slippery covering, which protects the egg. The female may or may not stay with the eggs to take care of the young after she has laid them. The egg slowly develops. But, only a few develop into adults. Ducks, fish, insects, and other water creatures eat the eggs.’) Sel telur membahagi (‘The Cell Splits’) Satu telur akan membahagi kepada dua. Proses ini berterusan membahagi kepada 4 sel, dan seterusnya. Sehingga membahagi menjadi banyak sel. (‘The single cell in the egg eventually splits into two. These two split making four cells, and so on. Eventually, there are many cells in the egg.’) Embrio (‘The Embryo’) Sel yang membahagi akan membentuk embrio. Organ dan insang terbentuk. (‘The mass of cells in the egg come to form an embryo. Organs and gills begin to form.’) Peringkat 2 (‘Second stage’) Berudu (‘The Tadpole’) Selepas 21 hari tempoh perkembangan, embrio akan meninggalkan cengkerang agar – agar, dan melekatkan dirinya pada rumpai air di dalam air. Kemudian ia menjadi berudu. Berudu akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang melekat pada tumbuhan air yang lebih besar. Tumbuhan kecil ini dipanggil alga.(‘After its 21 day development period, the embryo leaves its jelly shell, and attaches itself to a weed in the water. This quickly becomes a tadpole. The tadpoles grow until they are big enough to break free into the water. This can take from 3 days to 3 weeks. They eat very small plants that stick to larger plants in the water. These tiny plants are called algae.’) Berudu mempunyai ekor yang panjang, dan tinggal di dalam air. Ia mudah mati, dan bergantung kepada keupayaan menyamar untuk melindunginya. Berudu juga terancam dan ia boleh dimakan oleh hidupan air yang lain. Kadangkala berudu mati apabila kolam atau kawasan berair menjadi kering. (‘The tadpole has a long tail, and lives in the water. It is extremely vulnerable, and must rely on its camouflage to protect it. The tadpoles also face danger by being eaten by other water animals. Sometimes the pond dries up. As a result the tadpoles die.’) Peringkat 3 (‘Third stage’) Berudu mula berubah (‘The Tadpole Begins To Change’) Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya yang bonjol. Ekor berudu mengecil. Paru – paru mula berkembang, untuk membolehkan katak hidup di darat. (‘After about five weeks, the tadpole begins to change. It starts to grow hind legs, which are soon followed with forelegs. Behind their heads bulges appear where their front legs are growing. Their tails become smaller. Lungs begin to develop, preparing the frog for its life on land.’) Pada peringkat ini, berudu akan berenang ke permukaan air untuk bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang untuk mendapatkan makanan. Berudu mula makan tumbuh – tumbuhan dan haiwan yang reput. (‘Now and then, they wiggle to the surface to breathe in air. The tail helps the tadpole to swim around and catch food. They eat plants and decaying animal matter.’) Peringkat 4 (‘Fourth stage’) Hampir menjadi katak (‘Almost There . . .’) Lama – kelamaan, berudu akan mula kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit. Mulutnya mula melebar, dan rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki membesar. Paru – paru semakin menjalankan fungsinya. (‘Over time, the tadpole becomes even more froglike. They have shed their skin. Its mouth widens, and it loses its horny jaws. The tail becomes much smaller, and the legs grow. The lungs are almost functioning at this point.’) Peringkat akhir (‘Final stage’) Katak (‘The Frog’) Selepas 11 minggu, ia telah berkembang dengan lengkap, katak yang mempunyai paru – paru, kaki dan tanpa ekor. Ia mula keluar dari air. Katak lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat, berbanding di dalam air. Katak yang kecil ini mula memakan serangga dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali. (‘Eleven weeks after the egg was laid, a fully developed frog with lungs, legs, and no tail emerges from the water. This frog will live mostly on land, with occasional swims. The tiny frogs begin to eat insects and worms. Eventually, it will find a mate. The female lays the eggs, the male fertilizes them, and the whole process begins again.’) Maklumat tentang katak, sila klik di sini. (‘More information about frog, click here.’) Lihat video di bawah : (‘Watch the following video’)

Kitar Hidup Rama-Rama

Kitaran Hidup Rama - rama – Metamorfosis Rama - rama

(‘Life Cycle of a Butterfly – Butterfly Metamorphosis’) Telur rama – rama adalah amat kecil, bujur, atau berbentuk silinder, mempunyai sangkar yang amat halus dan lain – lain struktur mikroskopik. Rama – rama betina bertelur pada daun, batang tumbuhan, atau objek – objek yang lain, selalunya pada atau berhampiran sumber makanan untuk beluncas. (‘The egg is a tiny, round, oval, or cylindrical object, usually with fine ribs and other microscopic structures. The female attaches the egg to leaves, stems, or other objects, usually on or near the intended caterpillar food.’) Beluncas (larva) adalah panjang, peringkat yang kelihatan seperti cacing. Ia selalunya mempunyai corak - corak jalur atau tompok – tompok yang menarik, dan juga mempunyai rerambut halus seakan – akan duri – duri halus. Ia merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran. Sepanjang perkembangannya, ia menanggalkan kulitnya empat kali atau lebih untuk membaluti atau menyelaputi badannya yang membesar. (‘The caterpillar (or larva) is the long, worm-like stage of the butterfly or moth. It often has an interesting pattern of stripes or patches, and it may have spine-like hairs. It is the feeding and growth stage. As it grows, it sheds its skin four or more times so as to enclose its rapidly growing body.’) Pupa (krisalis) adalah peringkat transformasi dalaman yang mana tisu – tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. Warna pupa kebanyakan spesis ialah jingga atau hijau dan ia sama dengan warna persekitaran. (‘The chrysalis (or pupa) is the transformation stage within which the caterpillar tissues are broken down and the adult insect's structures are formed. The chrysalis of most species is brown or green and blends into the background.’) Peringkat dewasa (atau imago) adalah rama – rama atau kupu - kupu yang berwarna – warni. Ia adalah peringkat reproduktif dan boleh bergerak bagi spesis rama – rama. Peringkat dewasa melalui proses memikat, mengawan dan bertelur. Peringkat rama – rama atau kupu – kupu dewasa juga merupakan peringkat di mana mereka bermigrasi atau mengkoloni sesuatu habitat tertentu. [‘The adult (or imago) is colorful butterfly or moth usually seen. It is the reproductive and mobile stage for the species. The adults undergo courtship, mating, and egg-laying. The adult butterfly or moth is also the stage that migrates or colonizes new habitats.’] Maklumat tentang rama - rama, sila klik di sini. (‘More information about butterfly, click here’) Lihat video di bawah : (‘Watch the following video’)

Tenaga Elektrik

FAKTA KILAT (‘LIGHTNING FACTS’)

Apa Yang Menyebabkan Kilat Terjadi (‘What Causes Lightning?’) Dalam keadaan ribut petir, terbentuk keadaan elektrik yang besar di dalam awan apabila cecair dan zarah – zarah ais mencapai keadaan beku dan berlanggar. Apabila keadaan ini sudah cukup besar, terjadinya percikan api yang besar antara mereka (elektrik statik) mengurangkan cas yang berasingan. Percikan kilat boleh berlaku antara awan – awan, antara awan dengan tanah atau antara awan denga udara. (‘In thunderstorms, large fields of electricity are built up in the clouds when liquid and small ice particles reach freezing and collide. When these fields are large enough, a huge spark happens between them (static electricity) lessening the charge separation. A spark of lightning can happen between clouds, between the cloud and the ground or between a cloud and air.’) Fakta Kilat (‘Lightning Facts’) Kilat menyambar lebih kurang seratus kali per saat di permukaan Bumi yang mana lebih kurang tiga bilion kali setahun. (‘Lightning strikes about one hundred times per second somewhere on the earth which is approximately three billion times per year.’) Kilat boleh menyambar beberapa batu jauhnya dari keadaan ribut petir. Jika anda melihat wana tebal menghampiri, segera mencari perlindungan. Beberapa tip untuk keselamatan anda jika di luar pada ketika ribut kilat. (‘Lightning can strike miles away from a thunderstorm. If you see dark heavy clouds in the distance find shelter. Here are some tips to keep you safe if you are outdoors during a lightning storm.’) Jauh dari benda yang cenderung disambar oleh pancaran kilat : (‘Get away from things that are prone to attract bolts of lightning’) # Objek logam termasuk pagar, paip, landasan keretapi, kenderaan dan lain – lain (‘Metal objects (including fences, pipes, rails, vehicles etc.)’) # Kawasan banyak air yang terbuka (‘Open bodies of water’) # Kawasan yang ramai orang (‘Areas with large groups of people’) # Pokok (‘Trees’) # Tiang telefon (‘Telephone poles’) Adalah satu idea yang tidak baik untuk berdiri di atas bukit atau pada titik paling tinggi dalam satu – satu kawasan. Cari tempat yang rendah seperti lembah atau jurang. Kilat akan menyambar pada titik yang paling tinggi, jadi pastikan anda tidak berada di tempat tersebut. (’It's not a good idea to stand on a hill or at the highest point of an area. Seek the lowest area you can find such as a valley or a ravine. Lightning will hit the tallest point, so make sure you are not the tallest point.’) Jika berada di kawasan lapang tanpa tempat berteduh apabila kilat sedang menghampiri, bongkok ke hadapan dan tangan di atas lutut. Jangan meniarap di atas tanah. Jika anda rasa rambut anda sedang menegak pada satu hujung, berhati – hati kerana ini adalah isyarat bahawa kilat akan menyambar anda. (‘If you find yourself in an open field without shelter when a lightning storm approaches, get on your knees, bend forward and put your hands on your knees. Do not lie flat on the ground. If your hair feels like it is standing on end, be very cautious because this is a warning signal that lightning might be targeting you.’) Apa perlu dilakukan jika seseorang cedera akibat sambaran kilat? (‘What do you do if there is a lightning injury?’) Dapatkan bantuan kecemasan dengan mendail 9-9-9. Lakukan CPR jika mangsa tidak bernafas – menyentuh mangsa tidak akan menghasilkan kejutan elektrik. Beringat bahawa mangsa telah terbakar terutama sekali jika mereka memakai objek logam seperti, jam tangan, barang kemas atau kepala tali pinggang. Teman mangsa sehingga bantuan kecemasan tiba. (‘If someone is struck by lightning, call 9-9-9. Touching the victim will not give you an electrical shock. Immediately administer CPR if there is no pulse or the victim is not breathing. Be aware that the victim may have been burned from the electrical strike especially if they were wearing any metal objects, such as watches, jewelery or buckles. Stay with the victim until trained emergency personnel has arrived.’) Jenis – jenis Kilat (‘Types of Lightning’) # Pancaran kilat yang kecil lebih kurang 30 ribu amp. (‘Small bolts of lightning average about 30 thousand amps.’) # Pancaran kilat yang ekstrim lebih kurang 300 ribu amp atau sehingga dua juta volt elektrik. (‘Extreme lightning can be as much as 300 thousand amps or up to two million volts of electricity.’) # Kilat bebola, yang mana jarang berlaku dan ia sebesar saiz bola keranjang yang dilihat seperti bentuk bebola terapung. Tidak berbahaya. (‘Ball lightning, which is extremely rare and is the size of a basketball that looks like a floating sphere. Ball lightning is not known to be dangerous.’)

Wednesday, 23 November 2011

Faktor Persaingan Haiwan

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup... Faktor Persaingan Haiwan 1

(‘Competition is a form of interaction among living things... Competition factors among animals’) Persaingan (‘Competition’) # Faktor kritikal (amat diperlukan) yang diperlukan untuk kemandirian spesis oleh semua benda hidup ialah keperluan – keperluan tertentu, lebih – lebih lagi keperluan asas seperti makanan, air dan tempat berteduh. (‘The critical factors needed for survival by the living things are certain needs, definitely their need more basic needs such as food, water and shelter.’) # PERSAINGAN ialah satu bentuk interaksi yang mana benda hidup di dalam satu habitat yang sama perlu berlawan di antara mereka sendiri (bersaing antara satu sama lain) untuk mendapatkan KEPERLUAN YANG SAMA yang diperlukan untuk kemandirian spesis mereka. (‘COMPETITION is a form of interaction in which living things which are in the same habitat fight among themselves (compete against one another) to obtain the SAME RESOURCES that they need to survive.’) PERSAINGAN ANTARA HAIWAN (‘Competition Among Animals’) # Terdapat dua jenis persaingan antara haiwan iaitu : (‘There are two kinds of competition among animals’) a) Persaingan yang berlaku di dalam spesis yang sama (intraspesis) (‘Competition that occurs within the same species (Intraspecies)’) Kuda belang bersaing mendapatkan air (‘Zebras compete for water’) Dua kumpulan singa bersaing untuk mendapatkan wilayah yang boleh membekalkan mereka makanan dan ruang. (‘Two groups of lions compete to be in control of a territory that can provide them with food and space’) b) Persaingan yang berlaku antara spesis – spesis yang berbeza (interspesis) (‘Competition that occurs between different species (Interspecies)’) Singa dan hyena bersaing mendapatkan makanan yang sama (‘Lion and hyena compete for the same food’) # Ingat! Persaingan menjadi lebih hebat berlaku di dalam satu – satu habitat apabila berlaku PENINGKATAN BILANGAN HAIWAN SAMA ADA DARIPADA SPESIS YANG SAMA ATAU YANG BERBEZA MEMERLUKAN SUMBER ATAU KEPERLUAN HIDUP YANG SAMA DALAM JUMLAH YANG TERHAD untuk kemadirian spesis mereka. (‘Remember! In the same habitat, competition can increase / greater when the number of animals, whether in the same or different species, need the same resources or needs in limited amount for them to survive.’) # Dalam persaingan, haiwan yang menang akan terus hidup. Haiwan yang menang akan menguasai sumber makanan dan air, tempat berteduh, wilayah (ruang) dan juga mendapat pasangan. (‘In a competition, the winning/stronger animals will continue to survive. The winner will gain control of the food and water resources, shelter, territory (space) and will also get a mate.’) # Haiwan yang kalah/lemah akan berdepan keadaan seperti tumbesaran terbantut, kematian atau berpisah atau dihalau dari habitat mereka. (‘The losing/weaker animals may face restricted growth, fatality or separation/eliminated from their habitat.’) PERSAINGAN UNTUK MAKANAN (‘Competition for food’) # Terjadi apabila haiwan – haiwan yang tinggal dalam satu kawasan yang sama dan makan makanan yang sama. (‘Occur when animals live in the same place and eat the same food.’) # Semakin terhad sumber makanan, semakin meningkat persaingan. (‘The more limited the food resources, the more intense the competition will be.’) # Haiwan yang mendapat makanan yang mencukupi akan meningkat bilangannya dan mempunyai saiz yang lebih besar, manakala haiwan yang tidak mendapat makanan yang mencukupi menurun bilangannya dan mempunyai saiz yang lebih kecil. (‘Animals which get enough food, the number will increase and the size is bigger whereas animals which don’t get enough food the number will deacrease and the size is smaller.’) Sesama harimau atau sesama singa juga bersaing dalam memburu haiwan yang lebih kecil seperti arnab dan rusa sebagai makanan – SPESIS SAMA. (‘Among the tigers or among the lions also compete in hunting for small animals like rabbits and deer for food – SAME SPECIES’) Kucing bersaing mendapatkan makanan yang sama iaitu ikan – SPESIS SAMA. (‘Cats compete to get the same food that is fish – SAME SPECIES’) Ikan - ikan di dalam aquarium akan bersaing untuk mendapatkan makanan – SPESIS SAMA. (‘Fishes in the fish tank compete among themselves for food – SAME SPECIES’) Burung bergaduh sesama mereka untuk makanan yang sama seperti cacing – SPESIS SAMA. (‘Birds fighting among themselves for the same food such as worms – SAME SPECIES’) Lembu dan kambing makan makanan yang sama iaitu rumput. Haiwan – haiwan ini perlu bersaing apabila terlalu banyak haiwan untuk sumber makanan yang terhad – SPESIS BERLAINAN. (‘The cows and goats feed on the same food source that is grass. They have to compete when there are too many animals for the food limited. – DIFFERENT SPECIES’) Haiwan karnivor seperti singa, serigala dan harimau yang tinggal dalam satu kawasan yang sama akan bersaing memburu haiwan lain sebagai makanan – SPESIS BERLAINAN. (‘Carnivores animals such as lions, wolves and tigers that live in the same area will compete to hunt other animals for food – DIFFERENT SPECIES.’)

Persaingan Haiwan

Persaingan Ialah Satu Bentuk Interaksi Antara Benda Hidup... Faktor Persaingan Haiwan 2

(‘Competition is a form of interaction among living things... Competition factors among animals’) PERSAINGAN UNTUK PASANGAN (‘Competition for a mate’) # Berlaku pada musim mengawan, haiwan jantan dewasa akan bersaing untuk mendapatkan haiwan betina sebagai pasangan. (‘Occur in the mating season, adult male animals will compete for female animals as mating partners.’) # Persaingan untuk pasangan berlaku antara haiwan – haiwan daripada spesis yang sama. (‘Competition for mate occurs among the same species of animals.’) # Haiwan perlu mencari pasangan untuk memastikan kemandirian spesisnya. (‘Animals need to mate to ensure the survival of their species’) # Haiwan yang kuat akan menang dan mendapat pasangan dan haiwan yang kalah perlu mencari pasangan yang lain. (‘The strong and winning animal will get a mate and the losing animal need to look for other female for a mate.’) Dua ekor kucing jantan bersaing bagi merebut kucing betina sebagai pasangan. (‘Two male cats will fight each other for a female cat to mate with.’) Dua ekor rusa jantan bergaduh bagi merebut rusa betina. (‘Male deer fighting over a female’) PERSAINGAN UNTUK WILAYAH ATAU RUANG (‘Competition for territory or space’) # Haiwan juga perlu menguasai ruang kawasan yang boleh membekalkan mereka dengan makanan, air, tempat perlindungan dan juga tempat untuk membiak. (‘Animals also need to be in control of certain territory that provides them with food, water, shelter and place for reproduce.’) # Wilayah ialah ruang hidup yang dipertahan oleh haiwan atau sekumpulan haiwan. (‘Territory is a living space that defend by an animals or a group of animals.’) # Persaingan untuk wilayah atau ruang menjadi lebih hebat jika ruang menjadi terhad. (‘Competition for territory or space will be greater if there is limited space.’) # Persaingan berlaku apabila haiwan atau sekumpulan haiwan sedang mencari kawasan baru sebagai wilayahnya atau mempertahankan wilayahnya sendiri. (‘Competition occurs when an animals or a group of animals are looking for a new territory or defending their own territory.’) # Haiwan – haiwan yang mempunyai wilayah selalunya menandakan wilayahnya dengan cara – cara tertentu agar haiwan lain tidak menceroboh wilayah mereka. (‘These animals usually mark their territory in a certain way to keep other animals out of their territory.’) # Sebagai contoh, kucing dan anjing menandakan wilayah mereka dengan membuat tanda berbau. (‘For example, cats and dogs claim their territory by making scent marks.’) Seekor anjing akan menyerang anjing lain yang memasuki wilayah mereka – SPESIS SAMA. (‘A dog will attack another which enters its territory - SAME SPECIES.’) Dua ekor burung bergaduh untuk mendapatkan wilayah atau ruang – SPESIS SAMA. (‘Two birds are fighting over territory or space. – SAME SPECIES’) Seekor burung dan seekor tupai bergaduh untuk mendapatkan wilayah atau ruang – SPESIS BERLAINAN. (‘A bird and a squirrel are fighting over territory or space – DIFFERENT SPECIES’) PERSAINGAN UNTUK TEMPAT BERTEDUH (‘Competition for shelter’) # Tempat perlindungan sangat penting bagi haiwan untuk melindungi diri mereka daripada hujan, terik Matahari (cuaca) dan kedaaan yang berbahaya lebih lagi daripada pemangsa mereka. (‘Shelter is very important for animals to protect themselves from rain, the Sun (weather) and danger especially from their predator.’) # Persaingan berlaku apabila haiwan sedang mencari tempat perlindungan atau mempertahankan tempat perlindungan mereka sendiri. (‘Competition occurs when animals are looking for shelter or defending their own shelter.’) # Dalam persaingan untuk tempat perlindungan, haiwan yang kuat menang dan kemudian menguasai tempat perlindungan tersebut, manakala haiwan yang kalah (selalunya haiwan yang lebih lemah) perlu pergi ke tempat lain mencari tempat perlindungan lain. (‘In competiiton for shelter, the strong animals win and then conquer the shelter, whereas the losing animals (usually the weaker animals) need to find other shelter.’) Beruang akan bersaing sesama sendiri untuk menguasai gua sebagai tempat perlindungan – SPESIS SAMA. (‘Bear compete with each other to conquer a cave for shelter – SAME SPECIES’) Serigala bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan tempat perlindungan – SPESIS SAMA. (‘Wolves compete with each other for a shelter – SAME SPECIES’)

Roda Dan Gandar

Mesin Ringkas - RODA DAN GANDAR ('WHEEL AND AXLE')

Roda dan Gandar adalah mesin ringkas yang terdiri daripada dua objek yang berbentuk bulatan yang berlainan saiz yang mana kedua – duanya bercantum antara satu sama lain. Roda bersaiz lebih besar. Ia memutarkan objek yang lebih kecil atau sebatang rod yang dinamakan sebagai Gandar. (‘A wheel and axle is a simple machine made up of two circular objects of different sizes attached to each other. The wheel is the larger object. It turns about a smaller object or a rod called an axle.’) Roda dan gandar membantu kita mengangkat atau menggerakkan objek dengan mudah. (‘The wheel and axle help us to carry or move heavy objects easily.’) Apabila roda dalam roda dan gandar ini diputarkan, ia akan memutarkan gandar dan juga sebaliknya. Sebagai contoh, apabila anda memutarkan pemegang pada pemutar skru, bahagian hujung yang masuk ke dalam kepala skru juga akan berputar pada masa yang sama. (‘When the wheel in a wheel and axle machine is turned, so is the axle, and vice versa. For example, when you turn the handle of a screwdriver, the edge that fits into the screw head turns at the same time.’) Disebabkan roda adalah lebih besar daripada gandar, ia sentiasa bergerak pada jarak yang lebih jauh berbanding gandar. Daya yang dikenakan pada roda akan digandakan apabila ia dipindahkan pada gandar, yang mana gandar melalui jarak yang lebih dekat berbanding roda. (‘Because the wheel is larger than the axle, it always moves through a greater distance than the axle. A force applied to the wheel is multiplied when it is transferred to the axle, which travels a shorter distance than the wheel.’) Beberapa contoh alat yang menggunakan prinsip roda dan gandar ialah tombol pintu, pemutar skru, stereng kereta, roda dan gandar pada perigi, kepala paip, pembuka nat tayar kereta dan pengasah pensil. (‘Some examples of the wheel and axle include a door knob, a screwdriver, a water wheel, the steering wheel of an automobile, the crank used to raise a bucket of water from a well, water tap, car wheel brace and pencil sharpener.’) Contoh alat yang menggunakan prinsip Roda dan Gandar. (‘Examples of tools using the wheel and axle.’)

Satah Condong

Mesin Ringkas - SATAH CONDONG ('INCLINED PLANE')

Satah condong merupakan sebarang permukaan condong atau bersudut. Satah condong adalah mesin ringkas yang memudahkan kita untuk mengalihkan objek dari tempat yang rendah ke tempat yang lebih tinggi. (‘An inclined plane is any sloping surface. An inclined plane is a simple machine that makes it easier to move a heavy object to a higher elevation.’) Ramai orang yang menggunakan satah condong apabila mereka cuba untuk menolak kereta sorong melalui papan yang disengetkan naik ke dalam lori. (‘Many people have used an inclined plane when they tried to push a wheelbarrow up a sloping board into a truck.’) Satah condong perlu ditetapkan pada suatu sudut tertentu, bukannya secara tegak, berlwanan dengan permukaan melintang. (‘The inclined plane need to be set up at an angle, other than a right angle, against a horizontal surface.’) Kelebihan utama dalam dalam menggunakan satah condong ialah ia hanya memerlukan daya yang sedikit untuk menolak objek melalui satah condong daripada ia diangkat secara menegak. (‘The primary advantage of using an inclined plane is that it takes less effort to push an object up an inclined plane than it does to lift the same object through the same vertical difference.’) Satah contoh memudahkan dengan hanya perlu mengenakan daya yang sedikit tetapi perlu melalui jarak yang agak jauh untuk menggerakkan beban. (‘The inclined plane permits one to overcome a large resistance by applying a small force through a longer distance than the load is to be raised.’) Contoh alat dan keadaan yang menggunakan prinsip satah condong. (‘Examples of tools and conditions using the inclined plane.’)

Baji

Mesin Ringkas - BAJI ('WEDGE')

Baji adalah mesin ringkas berbentuk seperti satah condong. Baji adalah satah condong yang boleh bergerak. (‘A wedge is a simple machine shaped like an inclined plane. A wedge is an inclined plane that can be moved.’) Baji digunakan untuk memisahkan dua objek, atau membahagikan objek, dengan mengenakan daya ke atasnya. (‘A wedge is used to separate/split two objects, or portions of objects, through the application of force.’) Daya yang kecil, dikenakan pada bahagian yang lebih lebar pada baji dan menolak bahagian tajam ke dalam sesuatu, yang mana akan menghasilkan daya yang kuat untuk menolak bahagian tersebut mengarah ke luar. (‘A fairly weak force, applied to the wide end of a wedge whose narrow end is being pushed into something, will send a strong force pushing out at the sides.’) Baji boleh terdiri daripada satu atau dua satah condong, yang mempunyai hujung yang tajam, yang akan memisah, dan memotong atau menggerakkan, memegang dan memberhentikan objek. (‘A wedge can either be composed of one or two inclined planes or sloping planes, slanting side ending in a sharp edge, which separates, then cuts material apart or moves, holds and stops an object.’) Semakin tajam hujung baji, ia lebih mudah untuk bergerak ke dalam dan memisahkan objek. Tapi, untuk memisahkan sesuatu dengan lebih lebar, anda perlu menolak baji lebih jauh ke dalam. (‘The narrower the wedge (or the sharper the point of a wedge), the easier it is drive it in and push things apart. But, to split something apart really wide, you have to push the wedge a long distance.’) Contoh baji yang mempunyai satu satah condong ialah penyendal pintu, alat peraut tukang kayu dan alt penyendal tayar; dengan dua satah condong ialah pisau, kapak dan pahat. (‘Examples of wedges with one inclined plane are door stopper, carpenter’s plane and wheel wedge; two inclined planes are knives, axes and chisels.’) Baji juga boleh mempunyai bentuk bulat dan tajam, seperti hujung paku dan jarum atau garpu yang runcing. (‘A wedge can also be round, example, like the tip of a nail and needle or the tines on your fork.’) Penyodok tanah, pengorek tanah dan alat pemecah ais adalah tiga contoh baji yang boleh mengangkat dan memindahkan objek. Ia lebih mudah mengangkat objek menggunakan baji berbanding menggunakan tangan. (‘A shovel, spade and ice pick are three examples of wedge that can hold and move object. It's a lot easier to move an object using a wedge than if it were moved by only your hands.’) Baji yang boleh memberhentikan objek ialah penyendal pintu memberhentikan pintu dan penyendal tayar memberhentikan tayar. (‘The wedge that can stop an object are door stopper to stop the door and the wheel wedge to stop the wheel.’) Terdapat dua perbezaan utama antara satah condong dan baji. (‘There are two major differences between inclined planes and wedges.’) Pertama, apabila digunakan, satah condong berkedudukan tetap sedangkan baji perlu digerakkan. Kedua, arah daya yang dikenakan adalah selari dengan kecondongan satah, sementara arah daya dikenakan adalah secara menegak (ketinggian) ke atas baji. (‘First, in use, an inclined plane remains stationary while the wedge moves. Second, the effort force is applied parallel to the slope of an inclined plane, while the effort force is applied to the vertical edge (height) of the wedge.’) Contoh alat yang menggunakan prinsip baji. (‘Examples of tools using the wedge.’)